Penduduk Kampung Berterima Kasih Diatas Sumbangan Komputer
4 Nov, Kg Tanjung Buai - Penduduk Kg Tanjung Buai, berterima kasih diatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman kerana bermurah hati menyumbangkan komputer lengkap dengan mesin pencetak dan meja komputer.
Salah seorang penduduk ketika ditemui berkata, walaupun mereka tinggal jauh di pendalaman, ternyata itu bukan alasan bagi wakil rakyat untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.
“kami amat berbesar hati dengan usaha Dato Sri membudaya IT di kawasan ini”
“sudahlah sebelum ini anak-anak kampung diberi kursus komputer secara percuma, dan sekarang mereka diberi pula dengan komputer untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari itu” kata penduduk kampung yang ditemui.
Di majlis yang serba ringkas itu, Azalina yang diwakili oleh pegawai khasnya, Syed Ben Bella telah menyampaikan sumbangan itu kepada wakil sekolah rendah kebangsaan Tanjung Buai, sekolah rendah agama Tanjung Buai dan badan kebajikan Persatuan Belia Kampung Tanjung Buai.
Pihak sekolah ketika ditemui berkata komputer yang disumbangkan itu dapat memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Turut hadir ketika majlis pennyerahan itu ialah ketua kampung, para guru dan murid sekolah serta penduduk kampung.








































